love

ahlan wasalam

nama

Followers

Slmat Datang

Sunday, February 6, 2011

Syarat Pakaian Solat untuk Wanita

Salam pada sahabat-sahabatku.....jom hari ni kita bercerita dan kongsi pasal pakaian solat untuk wanita..nampak cam biasa je perkara ni kan...namun ia sangat penting kepada kita lebih2 lagi kepada yang tak tahu....Jom kita jenguk info dari seorang teman...


“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,” 

“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,” 

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. 

Macam solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! 

Begitukah? 

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara: 

  • Yakin telah masuk waktu 
  • Menutup aurat 
  • Mengadap kiblat 
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat 
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar 
  • Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. 

Jadi, wajibkah? 


Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.


“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”

[ Al-Hajj : 7] 

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. 

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. 

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat selesa bertelekung. 

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..” 

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..? 

  • betul telekong tu cume adat...
  • x salah kalau x pakai telekong...
  • asalkan pakaian yang kita pakai...
  • selain daripada menutup aurat dan bebas dari najis...
  • asalkan pakaian yang dipakai x menampakkan susuk tubuh...
  • telekong membantu menutup susuk tubuh...
  • dalam islam juga x benarkan wanita memakai pakain yang...
  • menampakkan susuk tubuh...
  • kecuali kepada suami, dan muhrim...
  • Hanya tuhan yang lebih tahu...

No comments:

Post a Comment

sweet family

renungan

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH'' ~~~~untuk renungan~~~~ "Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

puteriku