love

ahlan wasalam

nama

Followers

Slmat Datang

Wednesday, January 26, 2011

Lapan Tanda Amalan IKHLAS kerana ALLAH

FIRMAN Allah Taala bermaksud: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar". - Surah al-Bayyinah, ayat 5
Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada Allah Taala. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan antara manusia dengan manusia.


Ertinya segala aktiviti hidup seorang Muslim hendaklah ikhlas kerana Allah Taala. Dengan demikian, ikhlas dalam konteks sebagai seorang Muslim bermaksud ia mestilah mengharapkan keredaan Allah dan ganjaran pahala daripada-Nya. Oleh itu, segala kata-kata, amal perbuatan dan jihad perjuangannya tidak mengambil kira sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran mahupun kedudukan tinggi. Baginya, syarat amalan yang diterima Allah ialah niat yang ikhlas dan bertepatan dengan syariat dan sunah Nabi Muhammad SAW.


Dalam hal ini, ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara sebagai berikut: 

Pertama, takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya ia seorang yang berkebolehan. Kerana ia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

Kedua, orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

Ketiga, lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, ia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.

Keempat, baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan. 

Kelima, tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah Taala. 

Keenam, suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya, semuanya kerana Allah Taala dan agamanya. 

Ketujuh, ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat dapat memetik hasil dan lambat mencapai kejayaan.

Kelapan, gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya. 

Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka". - Surah al-Hijr, ayat 39-40

Al-Fudhail bin Iyadh, seorang ulama terkenal ketika mendengar firman Allah yang bermaksud: "(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". - Surah al-Mulk, ayat 2, lalu berkata: Sebaik-baik amal itu ialah yang paling ikhlas dan yang paling betul.

Kemudian ia ditanya: "Bagaimana yang paling ikhlas dan betul itu ? Jawabnya: sesuatu amal itu sekiranya ia ikhlas tetapi tidak betul, maka ia tidak diterima, dan sekiranya ia betul tetapi tidak ikhlas juga, maka ia tidak diterima. Jadi, ia hendaklah memiliki kedua-dua sekali iaitu ikhlas dan betul. 

Ikhlas hanya semata-mata kerana Allah dan betul pula mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kemudian beliau membaca firman Allah Taala bermaksud: "Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". - Surah al-Kahf, ayat 110 
Mintalah Keampunan DaripadaNYA :
  • ya allah ampunkan dosa dan kesilapan kami zahir dan batin.
  • ya allah ampunkan dosa kami, kedua ibubapa kami, keluarga kami, masyarakat islam
  • umat muslim dan muslimat yang masih hidup atau pun mati.

  • ya allah, kami pohonkan apa yg di pohonkan rasullullah saw dan memohon perlindungan 
    tentang apa yg di pohon pelindungan oleh rasullullah saw.

  • ya allah, kami pohonkan syurga tanpa hisab, 
    berilah kekuatan taufik dan hidayah agar kami dpt melakukan semua perkara yg mendekatkan kami dgn u.
  • selamatkan kami dari sebab sebab yg boleh membawa kami ke neraka.
  • ya, allah engkau sajalah yg mengetahui kelemahan kami zahir dan batin. 
    baikilah diri kami. Tambahkan ilmu, iman dan amal. 
    hidup dalam islam dan matilah dalam islam.
  • ya allah kami pohonkan iman yg sempurna, ilmu yg menafaat, rezeki yg halal, anak yg soleh, 
    rumahtangga yg bahagia' . 
    kurniakan usia yg berkat, doa yg mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg berterusan, 
    hutang yg terbayar, keselamatan dunia dan akhirat.
  • ya, allah engkau saja tahu apa di dalam hati kami, hidup dan sampaikan hati ini pada engkau, 
    sembuhlah segala penyakit yang ada di hati, selamatkan hati ini dari sifat keji dan 
    jauhilah perkara perkara yg boleh mematikan hati kami.
  • ya allah, jadilah hati kami hati yg sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan. 
  • ya allah, jadi lah kami hamba yg mengabdikan diri kpd engkau dengan sebaik baiknya 
    melakukan segala perintahmu dan meninggalkan segala larangan mu.
  • ya allah, jadi hati kami, hati yg sentiasa menyedari masa depan kami di akhira, dan jadilah kami 
    hamba yg sentiasa bersedia menanti masa depan kami selepas mati.
  • ya allah, hidupkan lah kami dalam iman, dan matilah kami dalam iman. selamatlah kami dari 
    gangguan syaitan semasa sakaratul maut.
  • ya, allah selamatkan lah kami dalam kubur dan jadilah kuburkami sebahagian dari taman syurga. 
    selamatkan kami dari sengsara azab kubur. jauhilah kubur kami dari salah satu lubang neraka.
  • ya, allah selamatkan kami dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkan kami semasa di mahsyar 
    dan jadilah kami antara tujuh golongan yg mendpt bayangan naugan arasy mu.
  • ya allah, ampun kan dosa kami dan maafkan kami zahir dan batin. semasa kami di hisab, hisabkan lah kami 
    dengan ringkas, berilah peluang kpd kami mendpt syafaat nabi muhammad saw.
  • ya, allah jadilah kami hamba yg berjaya dalam hidup dan mendapat suratan amal dari tangan kanan.
  • ya, allah , berilah kami minum air kolam para nabi kami yakni dari kolam al kautsar.
  • ya , allah selamatkan kami semasa menyeberangi titi siratulmustaqim.
  • ya, allah masuki lah kami ke dalam syurga, bersama org org yg engkau reda.
  • ya, allah, perkenankan permohonan kami, mustajabkan doa kami dengan berkat junjungan kami 
    DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS.

No comments:

Post a Comment

sweet family

renungan

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH'' ~~~~untuk renungan~~~~ "Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

puteriku