love

ahlan wasalam

nama

Followers

Slmat Datang

Sunday, February 20, 2011

JANGAN MAKAN KUBIS BULAT



>Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?...
Jawapanya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA :


> AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah > pada kebanyakan perempuan samaada :


>>anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita-pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit  puan diTV3 satu masa dahulu. Doktor pakar sakit  puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya :

>>> > akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang
dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection". Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa
>>> > doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

>>> > Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya
 mendatangkan pelbagai masalah. 



>> >>Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu  sendiri mahupun kepada sang suami.

>>> > Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia
bakal mengundang jangkitan penyakit lain > > seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini >>>>
> sebenarnya adalah protin yang

>>> > dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan
 kubis ini. Protin keputihan ini adalah

>>> > satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat
 dan bakteria. Kedudukan keputihan yang

>>> > dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap
dan faktor-faktor ini semua mengundang

>>> > kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yangseterusnya
 menyebabkan kegatalan yang serius.

>>> > Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan
 yang di panggil TV3 di atas tidak >>> > mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan.



> Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk >>> > rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat > termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus > mengeluarkan keputihan. Perempuan yang  sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang.

> Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk
> melayan suami dan ini pastinya mengundang > rantaian masalah lain.

>>> > Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi
 masalah yang lebih rumit iaitu



>>> > MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat
serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan
>>> > jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit,
kepala juga sakit. Kalau badan demam,
>>> > kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita
meragam ia mengakibatkan migrain.

>> >> Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah
bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

>>> > Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan
ini menghilangkan nafsu suami ketika
>>> > ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang
agak memalukan untuk diceritakan di ini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

>>> >Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

>>> > Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? > Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis
>>>> apabila bersunat akan mengalami masalah
>>> > BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput
kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.

>>> > Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina,
keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah
> menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah
>bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. 

>Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. >Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka
seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagiankemaluan akibat
keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

>>> > Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas,keputihan juga
> menyebabkan kulit menjadi kering dan
>>> > mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan
> mudah kerana sebagaimana telah
>>> > dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih
> telur adalah kaya protein dan warnanya juga
>>> > adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini
> sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh
>>> > tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai
> keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak
>>> > makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak
> ini dikeluarkan dari tubuh sebagai

>>> > keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.


                         Artikel ni di share dari :umiliya.blogspot.com

Sunday, February 13, 2011

Haram Menyambut Hari Valentine

Salam Teman2ku..Artikel ini ibu petik dari sebuah khutbah Jumaat 
jom luangkan sedikit masa tuk kita  sama2  kongsi dan hayati pengisiannya........

Dengan  Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;  
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allāh;  Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.
 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.
Hari Kekasih juga digelar sebagai: “Valentine ‘s Day” yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.  Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka.  Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.
Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di negara ini, turut meraikan “Hari Valentine” ini. Mereka meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya.
Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah “Hari Kekasih” atau “Hari Valentine” dalam Islam.  Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.
Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.
Firman Allah  :
“Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara  (hati)  mereka.  Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”.
[Surah Al-Anfal, 8: 63]
Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.
Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad (Sallallāhu ‘alaihi wa sallam), wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah(radiallahu`anhu), bahawa Rasulullah (Sallallāhu ‘alaihi wa sallam) bersabda yang bermaksud:
“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: “Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” [Al-Bukhari]
Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.
Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita.
Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya “Hari Kekasih” yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam.  Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat  Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.  Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.
Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia.  Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar.  Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Marilah sama-sama kita renung beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan bagi kita semua, antaranya:
Pertama:   Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.
Kedua   :   Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.
Ketiga   :    Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.
Keempat   :   Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.
Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).  Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.  Orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepada-Nya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi”.
(Al-Baqarah, 2: 120-121)
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan umat Islam sebagai umat yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru itu, kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,  suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
[Via JAIS; Khutbah Juma’at, Masjid Subang Jaya, 11 Februari 2011]

Friday, February 11, 2011

Renungan


"Hidup Umpama Aiskrim..
Nikamtilah Ia Sebelum Cair"
fikir2kan bersama...

Sunday, February 6, 2011

Syarat Pakaian Solat untuk Wanita

Salam pada sahabat-sahabatku.....jom hari ni kita bercerita dan kongsi pasal pakaian solat untuk wanita..nampak cam biasa je perkara ni kan...namun ia sangat penting kepada kita lebih2 lagi kepada yang tak tahu....Jom kita jenguk info dari seorang teman...


“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,” 

“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,” 

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. 

Macam solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! 

Begitukah? 

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara: 

  • Yakin telah masuk waktu 
  • Menutup aurat 
  • Mengadap kiblat 
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat 
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar 
  • Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. 

Jadi, wajibkah? 


Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.


“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”

[ Al-Hajj : 7] 

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. 

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. 

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat selesa bertelekung. 

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..” 

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..? 

  • betul telekong tu cume adat...
  • x salah kalau x pakai telekong...
  • asalkan pakaian yang kita pakai...
  • selain daripada menutup aurat dan bebas dari najis...
  • asalkan pakaian yang dipakai x menampakkan susuk tubuh...
  • telekong membantu menutup susuk tubuh...
  • dalam islam juga x benarkan wanita memakai pakain yang...
  • menampakkan susuk tubuh...
  • kecuali kepada suami, dan muhrim...
  • Hanya tuhan yang lebih tahu...

sweet family

renungan

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH'' ~~~~untuk renungan~~~~ "Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

puteriku